Pendekatan Terapi Lukisan dalam Kalangan Kanak-Kanak Autisme
PDF

Keywords

terapi lukisan
kanak-kanak autisme
komunikasi

How to Cite

Loke, J. D., Zakaria, A. R., & Lau, P. L. (2013). Pendekatan Terapi Lukisan dalam Kalangan Kanak-Kanak Autisme. Journal of Special Needs Education, 3, 92–108. Retrieved from https://www.journal.nase.org.my/index.php/jsne/article/view/56

Abstract

Kajian ini bertujuan meneroka sejauh mana berkesannya penggunaan pendekatan terapi lukisan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi atau ekspresi diri serta menggalakkan sosialisasi kanak-kanak autisme. Menerusi terapi lukisan, kajian ini juga bertujuan meninjau kemahiran psikomotor dan emosi kanak-kanak autisme. Kajian ini merupakan kajian kualitatif di sebuah pusat autisme, di sekitar Kuala Lumpur, Malaysia. Responden kajian terdiri daripada empat orang kanak-kanak autisme dalam lingkungan umur 9-12 tahun dan yang kurang berupaya memberi maklum balas secara bertulis. Pengumpulan data adalah berdasarkan teknik pemerhatian dan temubual. Selain daripada itu, pengkaji juga telah mendapatkan data daripada dua orang pakar yang telah menjalankan terapi lukisan terhadap kanak-kanak autisme di pusat tersebut. Kesemua data ini telah ditriangulasi bagi memperkukuhkan dapatan. Berdasarkan terapi lukisan yang telah dijalankan, kanak-kanak autisme memaparkan perkembangan dalam aspek psikomotor, kemahiran berkomunikasi bukan sahaja dengan rakan-rakan malahan dapat melahirkan ekspresi emosi mereka melalui lukisan. Justeru, pendekatan terapi lukisan adalah berkesan jika dilaksanakan secara berterusan dalam kalangan kanak-kanak autisme terutama dalam meningkatkan kemahiran psikomotor, komunikasi, dan sosio-emosi mereka.

PDF
Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.